Sunday, 22 January 2012

CANDY BUFFET CAKE

 Assalamualaikum.....cake project kali ini untuk centre piece candy buffet table untuk 1 majlis pertunangan 'sweet couple' Ekin & Din yang di adakan di Putra Heights,Subang Jaya....Majlis bermula tepat jam 8.30pm pada 21/1/2012. Kelihatan sebuah meja yang sarat dengan manisan untuk hidangan para tetamu terasing dari meja katering yang menghidangkan lauk pauk...sudah pastilah candy buffet ini menjadi tumpuan terutamanya di kalangan kanak2...mmmm....marshmallows,jelly beans,macaroons,cake pops dan di tengahnya pula fondant cake dengan 'giant candy' di atasnya  bagaikan syurga untuk si kecil...:-D


LOVE IS SWEET:-) 
WELL DONE EKIN FOR THE PERFECT CANDY BUFFET!:-D


Handmade Giant Candy by Hijrah Bakers as the cake topper as a symbol for all the sweets  on the candy buffet table

Gambar di ambil sebelum 'giant candy' di cucuk di atasnya (x boleh cucuk dulu  takut tumbang kat dalam perjalanan...dah sampai kat majlis baru boleh pasang)...:-D



TQ Ekin for the order & the good respond via SMS to my hp.Semoga Ekin & Din akan berbahagia hingga ke jinjang pelamin.Amin:-)

Tuesday, 17 January 2012

WEDDING CAKE 18th DEC 2011-PURPLE N WHITE THEME

Assalamualaikum....seperti yang dijanjikan sebelum ini....terhasillah 'purple n white theme' wedding cake...simple n nice....Sepupu kepada pengantin projek sebelum ini iaitu white,black n red theme cake...Pasangan pengantin yang sepadan berlatar belakangkan pelamin yang indah sekali, cukup membuatkan para tetamu terpaku melihatnya...bertempat di Puchong iaitu rumah pengantin perempuan dengan pasangannya yang berasal dari Johor.....Apa yang istimewanya sepanjang Ida berada di majlis ini ialah buat pertama kali dalam pengalaman Ida pergi ke majlis perkahwinan deejay yang bertugas beberapa kali menyeru para tetamu menunaikan solat zohor sebaik sahaja azan berkumandang dari masjid yang berdekatan dan kelihatan beberapa para tetamu sama2 berjemaah solat di masjid.Syabas!Pasti majlis ini mendapat barakah kerana setiap pekerjaan di sertakan dengan Allah pasti mendapat rahmat dariNya.Subhanallah!









Terima kasih kepada Ina kerana memberi kepercayaan pada Kak Ida untuk membuat kek kahwinnya dan akak doakan semoga Ina dan suami bahagia serta  jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat.Semoga kalian berdua dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah..Amin:-D