Saturday, 15 October 2011

BOBOI BOY CAKE


Assalamualaikum....projek kali ini tempahan dari Maslina untuk kek chocolate mousse....TQ Mas for the repeat order. Kek ini memang sangat sedap di makan kerana 'mousse filling'nya tetapi kek ini terlalu lembut dan tidak boleh tinggal lama di luar suhu yang sejuk kerana cepat lembik 'mousse' nya. Bagi pelanggan tetap kek2 di Secret Recipe, pasti akan menggemari kek ini kerana mirip sekali dengan produk mereka. Kek ini juga tidak dapatlah  di dekorasikan banyak2 kerana kelembutannya dan tidak boleh banyak beban di atasnya, tambahan pula nak dibawa balik kek ini ke Palong, N9.Oleh kerana tidak mahu menghampakan 'birthday boy' si Alif yang akan menyambut harijadinya yang ke-2 tambahan pula permintaan ibunya untuk kek ini (sebelum ini pernah di tempah untuk tema Ben 10),'figurine' fondan di buat bagi memenuhi kesukaan si kecil yang sukakan watak kartun Boboi Boy.Biasanya 'figurine' yang boleh di makan sebegini lebih berbaloi berbanding dengan 'cake topper' yang tidak boleh di makan kerana apa yang dibelanjakan,semua boleh dimakan dan tidak terbuang.Jadi tidaklah berlaku pembaziran....




Gambar di ambil oleh jurugambar tidak profesional...:-D







Kami juga mengambil tempahan Figurine:)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.