Assalamualaikum.....banyak pula tempahan di bulan Syawal nie. Alhamdulillah,rezeki dari Allah.Ada seorang sahabat minta buatkan kek bertemakan padang golf sempena harijadi suaminya yang ke-53 sesuai dengan hobi suaminya yang sukakan sukan ini.Katanya,letak 'cake topper' pun bolehlah asalkan orang tengah main golf.Puas Ida cari tapi takda di mana2 di sekitar Lembah Klang ni kecuali import dari luar negara melalui internet tapi dah tentulah kosnya mahal dan tak boleh makan sebab plastik.Akhirnya,Ida buat keputusan buat sendiri patung dan bendera tu menggunakan 'marshmallow fondant' yang 'marshmallow'nya pun Ida buat sendiri kerana was2 nak beli yang dah siap.Inilah hasilnya.Tidaklah sekemas jika buat padangnya gunakan fondan,tapi diatas permintaannya nakkan krim,inilah hasilnya....asalkan yang empunya diri puas hati dan rasa sedap....Ida pun lega...Pertama kali dia tengok kek ni terus dia tergelak,bila di tanya kenapa dia gelak,dia kata hubby dia nampak cute atas kek tu....haha :-D
|
Inilah hasil pertamaku membuat kek golf |
|
Harga RM150.00 (cake size-16"X11")=(2 recipes approximately 3.6kg-3.8kg)
Butter Cake with butter cream,huruf,nombor,flag & golfer dari fondan |
|
Handsome tak?Macam mat salleh..lupa nak beli warna peach untuk mukanya |
|
Ada gayalah.... |
|
Terima Kasih pada Kak Baizura kerana sudi menempah kek & Selamat Harijadi buat Abang Zulkifli semoga dipanjangkan umur,sihat & murah rezeki.Amin |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.