Monday, 28 November 2011

WEDDING CAKE 20/11-RED,WHITE,BLACK MODERN THEME


Assalamualaikum w.b.t.....alhamdulillah kepercayaan dan amanah yang diberikan seorang pelanggan yang telah lama berurusan tempahan kek dengan Ida kali ini diberikan untuk membuat kek perkahwinan adik bongsunya telah sempurna dan kerja2 menyiapkan kek 3 tingkat ini telah berjalan lancar dengan izin Allah....Design yang telah dibincangkan dan dipersetujui dengan konsep yang simple tapi elegan bertemakan warna putih,merah & hitam sepadan dengan set pelaminnya dan konsep majlis....Ida mencadangkan kek yang paling besar dan di bawah sekali dibuatkan kek chocolate moist,di tingkat 2 pula kek oren manakala yang paling atas kek butter vanilla kerana kebanyakan orang sukakan kek coklat,,jadi lebih besar lebih ramai orang yang dapat merasanya....majlis yang diadakan gilang-gemilang dengan persembahan silat & penari2 tradisional dari anak didik 'pak ngah' dari D'Tari telah menyemarakkan lagi suasana....SYABAS! diucapkan kepada Kak Linda iaitu kakak kepada pengantin lelaki kerana telah berjaya menguruskan majlis dengan sempurna seperti yang dirancang.Ada bakat jadi 'wedding planner' lah kakak nie.Terima kasih kak kerana telah memberi kepercayaan dan peluang kepada Ida untuk buat kek kahwin ini dan menyusul lagi satu majlis kahwin untuk sepupunya yang telah merasa kek ini dan telah menempah untuk majlis kahwinnya pada 18/12 nanti....didahulukan dengan terima kasih kerana diberi peluang lagi...:-D






Wednesday, 2 November 2011

SOFT PLAIN MINI CHOC STEAM CAKE

RM25.00 - 50 PCS 
Door Gifts min order 3 boxes
RM10.00 - 16 pcs
customize your sticker (thank you/welcome/name & etc.with additional RM10 for min 100 pcs)