Thursday, 21 July 2011

SNOW CASTLE CAKE

Assalamualaikum.....kali ini, fantasi semua kanak2 perempuan.Setiap kali membaca buku atau menonton cerita 'cartoon' dongeng berkisarkan 'castle & princess',beranganlah si kecil nak ada 'castle' sebab merasakan dia tu puteri raja...jadi sempena harijadi Nabilah kali ini, Ida binakanlah dia sebuah istana salji dari kek...



A Snow Castle Cake 
RM150 (3 recipes sponge cake-approximately 4 - 4.5kg)



Tower clock ala2 cerita Cinderella


Puncak menara,jam,pintu & tingkap di hasilkan dari 'marshmallow fondant' yang menjadi rebutan para tetamu


Masih dengan konsep cantik di luar,cantik lagi didalamnya

HAPPY BIRTHDAY PRINCESS NABILAH! 

Friday, 1 July 2011

ANIMAL MECHANICAL CARTOON CAKE


Assalamualaikum.....lagi 1 project yang mencabar & menguji kesabaran.... temanya colorful Animal Mechanical..... cabaran kali ini berat sebab cartoon ni baru dan 'cake topper' nya tiada dalam pasaran...'study' jugalah pasal kartun nie sebelum projek di jalankan....terpaksalah menonton cerita nie dan mengkaji bentuk setiap watak dari berbagai 'angle'....masih menggunakan 'marshmallow fondant' kegemaran kanak2.....waktu malam yang sunyi menjadi pilihan Ida kerana pembuatan 'figurines' ini memerlukan tumpuan yang penuh....Akhirnya terhasillah 5 ekor watak ini...dan kelainan kek seperti ini adalah kerana keunikan 'figurine' yang dibuat khas dan tidak boleh didapati di kedai2.......hanya yang istimewa untuk yang teristimewa



Dari kiri :- Komodo,Rex,Mouse,Sasquatch & Unicorn

Majlis harijadi birthday boy bernama Aliif yang pertama di adakan di 'The Club' @Damansara..by pool side


                       

Inilah birthday boy tu macam nak lompat atas kek dah memang suka sgt dia dengan cartoon nie kata mamanya.Abang2 dan kakak2 dikeliling tu tengah cuba nak dapatkan salah satu dari patung tu....:-D

Konsep kami,cantik di luar & cantik di dalam..(hijrah rainbow sponge cake):-D

Terima kasih kepada Aida kerana berkongsi idea dan sudi menempah kek....Lega rasanya bila mendapat respond yang baik dari family birthday boy dan para tetamu. Alhamdulillah,,,,dengan izin Allah harap dapatlah Ida mengembangkan lagi bisnes kecil-kecilan nie...sokongan dari semua sangat2lah Ida hargai....:-)