Thursday, 21 July 2011

SNOW CASTLE CAKE

Assalamualaikum.....kali ini, fantasi semua kanak2 perempuan.Setiap kali membaca buku atau menonton cerita 'cartoon' dongeng berkisarkan 'castle & princess',beranganlah si kecil nak ada 'castle' sebab merasakan dia tu puteri raja...jadi sempena harijadi Nabilah kali ini, Ida binakanlah dia sebuah istana salji dari kek...



A Snow Castle Cake 
RM150 (3 recipes sponge cake-approximately 4 - 4.5kg)



Tower clock ala2 cerita Cinderella


Puncak menara,jam,pintu & tingkap di hasilkan dari 'marshmallow fondant' yang menjadi rebutan para tetamu


Masih dengan konsep cantik di luar,cantik lagi didalamnya

HAPPY BIRTHDAY PRINCESS NABILAH! 

Friday, 1 July 2011

ANIMAL MECHANICAL CARTOON CAKE


Assalamualaikum.....lagi 1 project yang mencabar & menguji kesabaran.... temanya colorful Animal Mechanical..... cabaran kali ini berat sebab cartoon ni baru dan 'cake topper' nya tiada dalam pasaran...'study' jugalah pasal kartun nie sebelum projek di jalankan....terpaksalah menonton cerita nie dan mengkaji bentuk setiap watak dari berbagai 'angle'....masih menggunakan 'marshmallow fondant' kegemaran kanak2.....waktu malam yang sunyi menjadi pilihan Ida kerana pembuatan 'figurines' ini memerlukan tumpuan yang penuh....Akhirnya terhasillah 5 ekor watak ini...dan kelainan kek seperti ini adalah kerana keunikan 'figurine' yang dibuat khas dan tidak boleh didapati di kedai2.......hanya yang istimewa untuk yang teristimewa



Dari kiri :- Komodo,Rex,Mouse,Sasquatch & Unicorn

Majlis harijadi birthday boy bernama Aliif yang pertama di adakan di 'The Club' @Damansara..by pool side


                       

Inilah birthday boy tu macam nak lompat atas kek dah memang suka sgt dia dengan cartoon nie kata mamanya.Abang2 dan kakak2 dikeliling tu tengah cuba nak dapatkan salah satu dari patung tu....:-D

Konsep kami,cantik di luar & cantik di dalam..(hijrah rainbow sponge cake):-D

Terima kasih kepada Aida kerana berkongsi idea dan sudi menempah kek....Lega rasanya bila mendapat respond yang baik dari family birthday boy dan para tetamu. Alhamdulillah,,,,dengan izin Allah harap dapatlah Ida mengembangkan lagi bisnes kecil-kecilan nie...sokongan dari semua sangat2lah Ida hargai....:-)

Monday, 30 May 2011

KEK HANTARAN PERTUNANGAN

Assalamualaikum.....kek ini bertemakan warna 'baby blue' & putih sedondon dengan hantarannya yang lain untuk majlis pertunangan Fitri dan Emma.Oleh kerana keluarganya sangat sukakan kek lapis pandan jadi Ida buatkan kek lapis pandan dan luarnya Ida buat konsep warna yang sepadan dengan konsep hantaran si dara untuk si teruna. Alhamdulillah,di akhir majlis komen2 dari tetamu yang dapat merasai kek ini,sangat berpuas hati.Alhamdulillah,syukur pada Allah... :-D














Price :-RM120 including transparent box

Selamat bertunang kepada Fitri dan Emma.Harap berjumpa nanti di jinjang pelamin. Sudi2lah tempah kek kahwin pula nanti.Nanti akak bagi special price ..hehe..;-D

Sunday, 22 May 2011

BARBIE DOLL & SOCCER CAKE

Assalamualaikum....kali nie ada sahabat nak 'surprise' kan puterinya pada harijadinya yang ke-5 dengan kek barbie doll. Alhamdulillah,kali nie hasilnya lebih memuaskan dari yang pernah buat sebelum ni.Terima kasih Irna sebab sudi tempah kek dengan Ida... :-D




Apa yang lebih teruja selepas 'birthday girl' tu potong,dalam kek neopolitan nie ada 3 warna iaitu kombinasi rasa vanila,coklat & strawberi. Itulah konsep kami yang sukakan 'double surprise' untuk pelanggan.Akhir majlis semua tetamu memberi komen yang positif., Alhamdulillah lebih bersemangat bila ada komen2 yang membina seperti ni.;-D



Serentak di raikan birthday puteranya yang minat dengan sukan bolasepak. Jadi dia minta buatkan kek coklat bertemakan padang bola dengan pasukannya sekali ....dan inilah hasilnya.Suka betul budak tu bila nampak kek ni.Lepas potong je,terus pemain2 bola,bola & golnya kena angkat dek budak2 tu....kelakar betul ;-D.Ini kali pertama buat kek padang bola nie ...memandangkan mereka nak krim..inilah hasilnya,walau pun tak sekemas dan secantik jika dibuat daripada fondan...janji semua orang suka & sedap di makan....














Ambil masa juga 2 beradik nie nak potong sebab sayang nak potong katanya.Seronok tengok budak2 tu gembira.... Ida pun tumpang gembira ;-D



    Pandai bergambar si birthday girl tu...'sweet'......macam kek... ;-D 
      
                                   HAPPY BIRTHDAY! ARISSA & HARITH

Monday, 8 November 2010

SAFARI THEME CAKE

Assalamualaikum....Apabila tiba hari lahir si kecil, pastilah kek menjadi keutaman dan tumpuan...Lebih seronok jika keknya bertemakan sesuatu yang menjadi kesukaan si kecil...sudah pastilah bertambah ceria wajahnya apabila upacara memotong kek bermula tambahan pula konsep kek itu dirahsiakan dari pengetahuannya dan di keluarkan bila tiba masanya...terpegun dan tak terkatalah si kecil dek kerana terlalu gembira....macam nak melompat kat atas kek pun ada...memang bertambah riuhlah suasana majlis harijadi dengan kerenah si kecil dan gelak ketawa para tetamu yang hadir ....FIRAS iaitu  putera tunggal dari pasangan Normala dan suami, sangat meminati haiwan2 berkonsepkan safari....bagi membuatnya lebih ceria...... terhasillah 'Safari Theme Cake'....:-D





Hijrah Neopolitan Cake




TQ to Mala & Family for the repeat order.Firas 1st birthday cake was the smiley baby (pls refer to the Smiley Baby Post for view)

Thursday, 8 October 2009

SMILEY BABY CAKE

Assalamualaikum.....Usia si baby Firas anak dari pasangan Normala dan suami sudah genap setahun. Atas permintaan dan idea ibunya,terhasillah kek Smiley Baby sempena ulangtahun putera tunggalnya yang berlangsung di kediaman mereka di Seri Kembangan.




Hijrah Neopolitan Cake


TQ Mala & Family for the order...HAPPY BIRTHDAY FIRAS!