Monday, 28 November 2011

WEDDING CAKE 20/11-RED,WHITE,BLACK MODERN THEME


Assalamualaikum w.b.t.....alhamdulillah kepercayaan dan amanah yang diberikan seorang pelanggan yang telah lama berurusan tempahan kek dengan Ida kali ini diberikan untuk membuat kek perkahwinan adik bongsunya telah sempurna dan kerja2 menyiapkan kek 3 tingkat ini telah berjalan lancar dengan izin Allah....Design yang telah dibincangkan dan dipersetujui dengan konsep yang simple tapi elegan bertemakan warna putih,merah & hitam sepadan dengan set pelaminnya dan konsep majlis....Ida mencadangkan kek yang paling besar dan di bawah sekali dibuatkan kek chocolate moist,di tingkat 2 pula kek oren manakala yang paling atas kek butter vanilla kerana kebanyakan orang sukakan kek coklat,,jadi lebih besar lebih ramai orang yang dapat merasanya....majlis yang diadakan gilang-gemilang dengan persembahan silat & penari2 tradisional dari anak didik 'pak ngah' dari D'Tari telah menyemarakkan lagi suasana....SYABAS! diucapkan kepada Kak Linda iaitu kakak kepada pengantin lelaki kerana telah berjaya menguruskan majlis dengan sempurna seperti yang dirancang.Ada bakat jadi 'wedding planner' lah kakak nie.Terima kasih kak kerana telah memberi kepercayaan dan peluang kepada Ida untuk buat kek kahwin ini dan menyusul lagi satu majlis kahwin untuk sepupunya yang telah merasa kek ini dan telah menempah untuk majlis kahwinnya pada 18/12 nanti....didahulukan dengan terima kasih kerana diberi peluang lagi...:-D






Wednesday, 2 November 2011

SOFT PLAIN MINI CHOC STEAM CAKE

RM25.00 - 50 PCS 
Door Gifts min order 3 boxes
RM10.00 - 16 pcs
customize your sticker (thank you/welcome/name & etc.with additional RM10 for min 100 pcs)

Saturday, 15 October 2011

HELLO KITTY & SUPER HERO CUP CAKES


Kombinasi 2 tema kartun untuk 2 beradik, Adam dan Affy. Affy yang sangat menggemari kartun 'Hello Kitty' manakala Adam sukakan super heroes.....di satukan dalam satu set cup cakes yang mengandungi 25 biji kesemuanya




Di tengah2 terkumpul cup cakes yang bertemakan  'Hello Kitty'




'Hello Kitty' di kelilingi Super Heroes ;-D






Tarikan warna dan dekorasi yang pasti menambat hati si kecil






Di dalam 'safe box' agar sampai ke tempat yang di tuju dengan selamat
(butter cake with butter cream filling & marshmallow fondant decoration) 

BOBOI BOY CAKE


Assalamualaikum....projek kali ini tempahan dari Maslina untuk kek chocolate mousse....TQ Mas for the repeat order. Kek ini memang sangat sedap di makan kerana 'mousse filling'nya tetapi kek ini terlalu lembut dan tidak boleh tinggal lama di luar suhu yang sejuk kerana cepat lembik 'mousse' nya. Bagi pelanggan tetap kek2 di Secret Recipe, pasti akan menggemari kek ini kerana mirip sekali dengan produk mereka. Kek ini juga tidak dapatlah  di dekorasikan banyak2 kerana kelembutannya dan tidak boleh banyak beban di atasnya, tambahan pula nak dibawa balik kek ini ke Palong, N9.Oleh kerana tidak mahu menghampakan 'birthday boy' si Alif yang akan menyambut harijadinya yang ke-2 tambahan pula permintaan ibunya untuk kek ini (sebelum ini pernah di tempah untuk tema Ben 10),'figurine' fondan di buat bagi memenuhi kesukaan si kecil yang sukakan watak kartun Boboi Boy.Biasanya 'figurine' yang boleh di makan sebegini lebih berbaloi berbanding dengan 'cake topper' yang tidak boleh di makan kerana apa yang dibelanjakan,semua boleh dimakan dan tidak terbuang.Jadi tidaklah berlaku pembaziran....




Gambar di ambil oleh jurugambar tidak profesional...:-D







Kami juga mengambil tempahan Figurine:)

Wednesday, 5 October 2011

TOY STORY CAKE

"Hey Howdy Hey!!! I'm Sheriff Woody but you can just call me Woody".Ingat lagi skrip dari cerita TOY STORY 3?....Irfan memang peminat Woody yang setia. Harijadinya kali ini, mestilah kek Woody.First time membuat kek bertemakan Toy Story, walau pun tidak sehebat mana, kek ini mampu buat dia tersenyum gembira di hari lahirnya yang ke-12.Semoga ada peluang di lain kali untuk buat watak2 lain dari filem ini...:-D



HAPPY BIRTHDAY IRFAN!


Woody lying on Irfan's bed..he..he

Wooden flooring made from marshmallow fondant

Figurine 100% made from marshmallow fondant



 Made from 1 recipe butter cake with cream cheese filling and coated with marshmallow fondant bedspread & pillow case.Complete weight is 1.8kg.




Rex pula watak yang di minati oleh Iman...:-D

Iman's birthday cake..REX from the Toy Story

Tuesday, 4 October 2011

DISNEY PRINCESS CAKE







POWER RANGERS CAKE


BEN 10 CAKE





CUP CAKES













KEK KARAMEL

KEK KARAMEL UNTUK HANTARAN.DECO TEPI KEK DENGAN FRESH CREAM (ADDITIONAL RM10)  UNTUK BOX TRANSPARENT SET HANTARAN (RUJUK POST WEDDING & HANTARAN CAKE ) (ADDITIONAL RM10) 
Assalamualaikum.....Kali ini Ida nak persembahkan kek karamel...Keistimewaan kek ini adalah kombinasi karamel dan kek serta warnanya yang ceria dan 'topping' karamelnya yang lembut dan teksturnya yang halus...Kek ini sedap di makan ketika sejuk dan yang pasti sesiapa yang makan sangat susah nak berhenti menambah...:-D...Kalau tak percaya,boleh cuba...pasti tak cukup sebiji......sekali cuba pasti nak lagi.;-D

Dengan puding karamel yang extra tebal๐Ÿ˜Š



Sedap di nikmati ketika sejuk:-p




Sekali rasa pasti nak lagi ;-D




Harga:-RM45.00 (Size:-8") tambahan rm10 untuk deco sebagai kek hantaran ๐Ÿ˜Š