Tuesday, 4 October 2011

DISNEY PRINCESS CAKE







POWER RANGERS CAKE


BEN 10 CAKE





CUP CAKES













KEK KARAMEL

KEK KARAMEL UNTUK HANTARAN.DECO TEPI KEK DENGAN FRESH CREAM (ADDITIONAL RM10)  UNTUK BOX TRANSPARENT SET HANTARAN (RUJUK POST WEDDING & HANTARAN CAKE ) (ADDITIONAL RM10) 
Assalamualaikum.....Kali ini Ida nak persembahkan kek karamel...Keistimewaan kek ini adalah kombinasi karamel dan kek serta warnanya yang ceria dan 'topping' karamelnya yang lembut dan teksturnya yang halus...Kek ini sedap di makan ketika sejuk dan yang pasti sesiapa yang makan sangat susah nak berhenti menambah...:-D...Kalau tak percaya,boleh cuba...pasti tak cukup sebiji......sekali cuba pasti nak lagi.;-D

Dengan puding karamel yang extra tebal๐Ÿ˜Š



Sedap di nikmati ketika sejuk:-p




Sekali rasa pasti nak lagi ;-D




Harga:-RM45.00 (Size:-8") tambahan rm10 untuk deco sebagai kek hantaran ๐Ÿ˜Š



Friday, 30 September 2011

MUFFINS






Chocolate Chip Muffin in designed paper cup. 



Blueberry Muffin

Almond Muffin


For wedding door gift




                              RM50 for 25 pcs (any flavour)

p/s: Pls pm 0122709017 for doorgift packaging n price




Saturday, 17 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Assalamualaikum...Salam Aidilfitri buat semua :-D Mohon maaf zahir dan batin kepada sahabat2 dan pelanggan2 yang mengenali diri ini...


Butter Vanilla kek di lapisi krim 'mocha' & disaluti krim segar serta badam




Kek lapis pandan di saluti krim segar & kelapa kering




Kek 'Chocolate Moist' 

Friday, 9 September 2011

GOLF CAKE

Assalamualaikum.....banyak pula tempahan di bulan Syawal nie. Alhamdulillah,rezeki dari Allah.Ada seorang sahabat minta buatkan kek bertemakan padang golf sempena harijadi suaminya yang ke-53 sesuai dengan hobi suaminya yang sukakan sukan ini.Katanya,letak 'cake topper' pun bolehlah asalkan orang tengah main golf.Puas Ida cari tapi takda di mana2 di sekitar Lembah Klang ni kecuali import dari luar negara melalui internet tapi dah tentulah kosnya mahal dan tak boleh makan sebab plastik.Akhirnya,Ida buat keputusan buat sendiri patung dan bendera tu menggunakan 'marshmallow fondant' yang 'marshmallow'nya pun Ida buat sendiri kerana was2 nak beli yang dah siap.Inilah hasilnya.Tidaklah sekemas jika buat padangnya gunakan fondan,tapi diatas permintaannya nakkan krim,inilah hasilnya....asalkan yang empunya diri puas hati dan rasa sedap....Ida pun lega...Pertama kali dia tengok kek ni terus dia tergelak,bila di tanya kenapa dia gelak,dia kata hubby dia nampak cute atas kek tu....haha :-D



Inilah hasil pertamaku membuat kek golf


Harga RM150.00 (cake size-16"X11")=(2 recipes approximately 3.6kg-3.8kg)
Butter Cake with butter cream,huruf,nombor,flag & golfer dari fondan 



Handsome tak?Macam mat salleh..lupa nak beli warna peach untuk mukanya



Ada gayalah....




Terima Kasih pada Kak Baizura kerana sudi menempah kek & Selamat Harijadi buat Abang Zulkifli semoga  dipanjangkan umur,sihat & murah rezeki.Amin

Thursday, 21 July 2011

SNOW CASTLE CAKE

Assalamualaikum.....kali ini, fantasi semua kanak2 perempuan.Setiap kali membaca buku atau menonton cerita 'cartoon' dongeng berkisarkan 'castle & princess',beranganlah si kecil nak ada 'castle' sebab merasakan dia tu puteri raja...jadi sempena harijadi Nabilah kali ini, Ida binakanlah dia sebuah istana salji dari kek...



A Snow Castle Cake 
RM150 (3 recipes sponge cake-approximately 4 - 4.5kg)



Tower clock ala2 cerita Cinderella


Puncak menara,jam,pintu & tingkap di hasilkan dari 'marshmallow fondant' yang menjadi rebutan para tetamu


Masih dengan konsep cantik di luar,cantik lagi didalamnya

HAPPY BIRTHDAY PRINCESS NABILAH! 

Friday, 1 July 2011

ANIMAL MECHANICAL CARTOON CAKE


Assalamualaikum.....lagi 1 project yang mencabar & menguji kesabaran.... temanya colorful Animal Mechanical..... cabaran kali ini berat sebab cartoon ni baru dan 'cake topper' nya tiada dalam pasaran...'study' jugalah pasal kartun nie sebelum projek di jalankan....terpaksalah menonton cerita nie dan mengkaji bentuk setiap watak dari berbagai 'angle'....masih menggunakan 'marshmallow fondant' kegemaran kanak2.....waktu malam yang sunyi menjadi pilihan Ida kerana pembuatan 'figurines' ini memerlukan tumpuan yang penuh....Akhirnya terhasillah 5 ekor watak ini...dan kelainan kek seperti ini adalah kerana keunikan 'figurine' yang dibuat khas dan tidak boleh didapati di kedai2.......hanya yang istimewa untuk yang teristimewa



Dari kiri :- Komodo,Rex,Mouse,Sasquatch & Unicorn

Majlis harijadi birthday boy bernama Aliif yang pertama di adakan di 'The Club' @Damansara..by pool side


                       

Inilah birthday boy tu macam nak lompat atas kek dah memang suka sgt dia dengan cartoon nie kata mamanya.Abang2 dan kakak2 dikeliling tu tengah cuba nak dapatkan salah satu dari patung tu....:-D

Konsep kami,cantik di luar & cantik di dalam..(hijrah rainbow sponge cake):-D

Terima kasih kepada Aida kerana berkongsi idea dan sudi menempah kek....Lega rasanya bila mendapat respond yang baik dari family birthday boy dan para tetamu. Alhamdulillah,,,,dengan izin Allah harap dapatlah Ida mengembangkan lagi bisnes kecil-kecilan nie...sokongan dari semua sangat2lah Ida hargai....:-)